Beshom

After 46 outstanding years as Hai-O Enterprise Bhd, we look forward to the future as we preserve the best of our legacy.
We are excited to invite you into our new home.

海鸥集团历经时光淬砺,46年来发展一枝独秀。
展望未来,集团整装待发,以焕然一新的英文名字营造美满的新“”。
此番华丽转变,公司优良传统不变,文化企业精神亦如初衷。

Beshom

Beshom Holdings Bhd is the new “HOME” of Hai-O’s group of companies, a Public Listed Company on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad.
Beshom has assumed the listing status of Hai-O Enterprise Bhd on
29 November 2021.

Welcome to BESHOM.

最佳生活    始于家元
海鸥控股有限公司(Beshom Holdings Bhd),2021年11月29日,
正式延续海鸥企业有限公司在大马股票交易所主板的上市地位。

欢迎光临我们的新“”——BESHOM。

News

Hai-O hargai 300 usahawan

Hai-O hargai 300 usahawan
Source:
Harian Metro

Oleh Minarni Mat Saad

MENGHANTAR pengedar berjaya ke luar negara, termasuk mengerjakan umrah menjadi trend di kalangan syarikat jualan langsung sebagai penghargaan di atas kegigihan dan ketekunan usahawan terbabit meningkatkan jualan syarikat.

Malah, insentif melancong ke luar negara dan mengerjakan umrah membuatkan pengedar lebih bersemangat mencapai sasaran jualan bagi melayakkan mereka “terbang” ke destinasi pilihan.

Menyedari minat dan kecenderungan itu, sebuah syarikat jualan langsung, Hai-O Marketing (Hai-O) turut menawarkan insentif menunaikan umrah kepada pengedarnya yang mencapai sasaran perniagaan.

Lebih membanggakan, Hai-O menjadi syarikat bukan Bumiputera pertama membiayai kos mengerjakan umrah dalam jumlah yang paling ramai pernah dicatatkan oleh rekod Tabung Haji.

Istimewanya, sebahagian besar daripada 212 usahawan terpilih itu adalah dari kalangan wanita yang menjadi teraju utama meningkatkan pemasaran produk Hai-O sehingga mereka meraih pendapatan lima angka sebulan malah ada yang mengecapi enam angka sebulan.

Bagi memastikan pengedarnya mendapat layanan yang baik dan selesa sepanjang di Tanah Suci, Hai-O memilih Tabung Haji Travel menguruskan pakej umrah itu.

Majlis penyerahan cek bernilai lebih RM1 juta oleh Pengerusi Kumpulan Hai-O, Tan Sri Osman S Cassim kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Travel, Mohd Ramli Othman di Shah Alam, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar (Pemasaran dan Jualan) Tabung Haji Travel, Yasmin Datuk Mohd Yazid dan Pengurus Besar Hai-O, Jimmy Ow.

Osman berkata, setiap tahun, Hai-O menghantar usahawannya ke beberapa lokasi luar negara sebagai insentif pencapaian yang ditetapkan syarikat dan dua lokasi dipilih tahun ini iaitu Pakej Mengerjakan Umrah dan Seminar Seberang Laut ke Gold Coast, Australia.

“Untuk menghantar usahawan, syarikat memilih satu badan yang terbukti dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti dan efektif. Justeru, kami memilih Tabung Haji Travel,” katanya.

Beliau bangga di atas kejayaan pengedar Hai-O meraih peluang yang amat bernilai itu sekali gus membuktikan Hai-O sebagai syarikat bukan Bumiputera berjaya melahirkan usahawan Bumiputera cemerlang.

Katanya, seramai 300 usahawan layak meraih insentif yang disediakan dan 212 memilih mengerjakan umrah manakala yang lain bercuti di Gold Coast, Australia.

Pengurus Besar Hai-O, Jimmy Ow berkata, walaupun Hai-O syarikat dimiliki bukan Melayu, pengurusan amat peka dengan kehendak pengedarnya yang kebanyakan Bumiputera.

“Majlis makan malam ini juga adalah majlis kesyukuran serta doa selamat di atas kejayaan pengedar yang berjaya di samping mendoakan kesejahteraan pengedar yang akan bertolak ke Makkah dan Australia,” katanya.

Hai-O Marketing adalah syarikat jualan langsung yang ditubuhkan pada 1992 dan kini tersenarai di Bursa Malaysia.