Beshom

After 46 outstanding years as Hai-O Enterprise Bhd, we look forward to the future as we preserve the best of our legacy.
We are excited to invite you into our new home.

海鸥集团历经时光淬砺,46年来发展一枝独秀。
展望未来,集团整装待发,以焕然一新的英文名字营造美满的新“”。
此番华丽转变,公司优良传统不变,文化企业精神亦如初衷。

Beshom

Beshom Holdings Bhd is the new “HOME” of Hai-O’s group of companies, a Public Listed Company on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad.
Beshom has assumed the listing status of Hai-O Enterprise Bhd on
29 November 2021.

Welcome to BESHOM.

最佳生活    始于家元
海鸥控股有限公司(Beshom Holdings Bhd),2021年11月29日,
正式延续海鸥企业有限公司在大马股票交易所主板的上市地位。

欢迎光临我们的新“”——BESHOM。

News

Hai-O dalami budaya perniagaan di China

Hai-O dalami budaya perniagaan di China
Source:
Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pengedar produk penjagaan kesihatan, Hai-O Marketing Sdn Bhd (Hai-O) akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Kunming di daerah Yunnan, China untuk mendalami budaya perniagaan serta perdagangan negara berkenaan. Lawatan empat hari bermula Ahad ini akan diketuai Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee, bersama 140 pengedar Melayu syarikat yang mencatat prestasi cemerlang selepas menyertai Program Pembangunan Usahawan Hai-O untuk Bumiputera.

Tan berkata, rombongan itu bertujuan menjalin hubungan persahabatan, menggalakkan perdagangan di antara Malaysia dan China serta membantu meningkatkan pemahaman terhadap kebudayaan, ekonomi serta pasaran negara berkenaan. Beliau juga berharap pengedar Bumiputera Hai-0 yang menyertai lawatan itu dapat memperluaskan pengetahuan mengenai produk terbaru syarikat, Teh Imperial, minuman kesihatan yang dihasilkan di Yunnan sejak 1,700 tahun lalu.

Teh Imperial atau Puer ini mempunyai aroma dan rasa semula jadi serta menjadi amalan kesihatan bagi golongan diraja dan bangsawan ketika zaman pemerintahan Dinasti Shang, Zhou dan Qing, hingga kini. Ia dianggap komoditi istimewa yang membantu meningkatkan kesihatan dengan mengurang dan mengelakkan pengumpulan kolesetrol dalam darah, menurunkan berat badan serta memberi pelbagai manfaat lain.

Di Kunming, nanti satu seminar khas berhubung Teh Imperial akan diadakan bagi membolehkan peserta rombongan memahami khasiat dan keistimewaannya daripada pakar pembuatnya iaitu warga tempatan daerah itu sendiri, katanya.

Tan berkata, peserta rombongan juga akan diraikan pada majlis makan malam bersama Timbalan Ketua Wilayah Yunnan, pemimpin pertubuhan Muslim dan wakil China Council for the Promotion of International Trade Yunnan Sub-Council (CCPIT). Beberapa acara menarik juga diatur termasuk meninjau lokasi pelancongan utama sekitar Kunming seperti Tasik Cui, Hutan Batu, Da Guan Park, kilang kristal dan sutera serta pasar flora.

Hai-O Marketing adalah syarikat jualan langsung berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) yang ditubuhkan pada 1992. Antara produknya yang mendapat sambutan ramai ialah korset Beautiful serta Herba Maharani.